[FOTO] Kampung nelayan bakal menjadi ‘tambak laut’ Pulau Pinang

Nelayan membantah projek tambakan laut itu kerana ia boleh menyebabkan kemusnahan kekal dan impak negatif.

Kampung nelayan di Teluk Kumbar terkesan jika projek mega penambakan laut di Selatan Pulau Pinang diteruskan. Projek mega kontroversi bernilai RM11 bilion itu, membabitkan pembinaan 3 pulau buatan di selatan Pulau Pinang dengan keluasan 1,821 hektar yang dijangka mengambil masa sehingga 15 ke 20 tahun untuk disiapkan.