Pampasan yang terlalu rendah menyukarkan penduduk flat Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor membeli rumah baharu. Difahamkan seramai 40 keluarga yang tinggal di flat tersebut, bakal merempat selepas diarah mengosongkan kediaman masing-masing dalam tempoh 21 hari selepas Borang K dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian (JTG) dikeluarkan pada 22 Mac lalu.
Solat Jumaat berjemaah dengan merapatkan saf di Surau Alhidayah AU3 Keramat buat pertama kali setelah 2 tahun akibat pandemik Covid-19. Kebenaran solat jemaah tanpa penjarakan fizikal masih memerlukan jemaah membawa sejadah masing-masing, selain memakai penutup muka serta elakkan bersalam atau sebarang sentuhan fizikal.