[VIDEO] Wan Saiful sangkal tuduhan audio tular, cabar Anwar tunjuk bukti

April 8, 2021

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat tuduhan melulu berhubung dalang penularan klip audio perbualan mesra dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Wan Saiful mencabar Anwar supaya menunjukkan bukti sekiranya benar Bersatu adalah dalang disebalik penyebaran klip audio tersebut.

Wan Saiful mengulas selepas majlis penyampaian sumbangan keperluan dapur kepada golongan asnaf di Surau Aljamiyyah, Kuala Lumpur malam tadi.