[VIDEO] Tak sekat drama tonjol VIP tak bermoral

October 11, 2021

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kementerian tidak akan menyekat drama yang menggambarkan watak golongan atasan tidak bermoral dan ambil rasuah asalkan tidak langgar garis panduan. Beliau menjawab pertanyaan Haji Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat-PH) yang bertanya adakah kementerian berhasrat meneliti perkara tersebut kerana gambaran tersebut mencemarkan imej golongan berkenaan.