[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang

January 26, 2023

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta berhenti membuat rakyat pening dan marah dengan mengemukakan cadangan dan alasan yang tidak munasabah dalam menyelesaikan kenaikan harga barang

Gesaan itu timbul selepas Rafizi meminta orang ramai untuk tidak membeli dan memboikot barangan jika mahal.

Seperti menghina pengundi yang memilih Perikatan Nasional pada PRU15, gesaan Rafizi itu seolah menghina rakyat tidak bijak dalam isu kos sara hidup.

Hakikatnya, Rafizi dengan cadangan dan formula yang disuarakan sebelum ini, cuma pandai bercakap sahaja untuk mendapat perhatian dan untuk retorik politik tetapi penyelesaiannya gagal.

Cuba menutup kelemahannya, Rafizi mendakwa inflasi dan kos sara hidup akan dijadikan modal pembangkang untuk dibawa ke sidang Parlimen