[VIDEO] SPRM reman blogger politik kes ‘sakau’ projek RM41 juta

May 12, 2023

Seorang penulis blog yang mesra UMNO ditahan reman SPRM hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan satu projek bernilai RM41 juta di sebuah kementerian.

Nama kementerian yang terlibat tidak didedahkan.

Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin telah mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini sehingga 13 Mei terhadap suspek setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan blogger mempunyai ramai pengikut berkenaan dipercayai telah menerima rasuah berjumlah lebih kurang RM1.3 juta daripada sebuah syarikat IT sekitar tahun 2020.

Jenayah rasuah ini dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Selain kes rasuah, SPRM juga akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek ini dilaksanakan.

Kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 16 ASPRM 2009.