[VIDEO] Shamsul Iskandar mahu RTM, TV3 sebar propaganda, yakin PH-BN kuburkan PN

May 12, 2023

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan secara terbuka dilihat mulakan langkah untuk menawan negeri dikuasai Perikatan Nasional.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar, beberapa projek khas akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mencapai hasrat tersebut.

Shamsul turut berselindung disebalik cadangan agar RTM dan TV3 menyebar mesej positif usaha kerajaan campuran walhal ianya untuk berkempen dan memancing undi menjelang pilihan negeri akan datang.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog isu semasa pada Majlis Silaturrahim Laskar Siber Kerajaan Perpaduan di Ibu pejabat Umno, malam Rabu. Turut hadir Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.