[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun

October 2, 2022

Ketua Srikandi Bersatu mempersoal rasional PRU15 diadakan pada musim banjir kerana sekolah yang biasanya menjadi pusat pemindahan sementara harus digunakan sebagai pusat mengundi. Ini menunjukkan perdana menteri Ismail Sabri tidak memikirkan soal keselamatan rakyat, penyakit berjangkit dan kerahan tenaga kerja PRU15 diperlukan pada musim banjir.