[VIDEO] ‘Puasa pun bodoh’, teruk pekerja KFC kena dengan pelanggan

April 18, 2021

Satu klip video dikongsi di laman Facebook menunjukkan sepasang suami isteri memarahi pekerja restoran KFC di Klang kerana melakukan kesilapan menyiapkan makanan yang dipesan, tular di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku pada Jumaat lalu ketika suami wanita itu memarahi pekerja restoran dengan kata-kata kesat.

Seorang pengantar makanan, Affiq Azizi yang memuat naik klip video itu di laman Facebooknya dan berada di restoran berkenaan ketika kejadian cuba menenangkan lelaki terbabit.

“Cakap elok-elok abang. Saya tahu dia silap, tapi abang tidak perlu marah dengan kata-kata kesat. Hormatlah orang lain. Mungkin sebab puasa, dia agak letih,” katanya kepada pelanggan lelaki itu.

Bagaimanapun, isteri lelaki itu yang meluru masuk terus memarahi pekerja restoran berkenaan.

Ketika beredar bersama suaminya wanita itu didengar mengatakan “puasa juga bodoh”.