[VIDEO] Protes PKP di Kampung Muhibbah, Tawau

April 25, 2021

Seramai enam individu ditahan polis kerana melakukan demonstrasi di hadapan sekatan jalan raya di Kampung Muhibbah Raya, di sini pada Sabtu jam 2.30 petang.

Tujuan mereka melakukan tindakan tersebut dipercayai kerana ingin menyuarakan keadaan keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan yang dikatakan terkesan berikutan pelaksanaan PKPD di kampung berkenaan.