[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam

December 6, 2022

Tan Sri Abdul Hadi Awang, sedia diheret ke mahkamah selepas disiasat polis kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pakatan Harapan.

Presiden PAS itu turut meminta pihak berkuasa tidak berat sebelah dan menyegerakan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang membuat kenyataan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Pada 10 Nov lepas, DAP membuat laporan polis mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan mengaitkan Pakatan Harapan dengan fahaman komunis serta antituhan dalam ceramah pilihan raya lalu.