[VIDEO] Musa Hitam ragu keyakinan Rafizi, kerajaan Anwar tak kekal lama

January 28, 2023

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam menyifatkan pemimpin Pakatan Harapan dalam kerajaan campuran masih meneruskan sikap sebagai pembangkang meskipun telah dua bulan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Musa berkata demikian pada forum bertajuk Menetapkan Semula Ekonomi Malaysia yang dianjurkan oleh Parlimen.

Turut hadir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Speaker Dewan Negara Rais Yatim.

Rafizi yang berucap sebelum Musa di forum yang sama berkata kerajaan campuran semasa yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah “paling stabil setakat ini” dan boleh melakukan perubahan.

Musa bagaimanapun memperlekehkan keyakinan Rafizi terhadap pentadbiran kerajaan campuran kerana negara kerap digemparkan dengan percaturan politik untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.