[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar

May 29, 2023

Khairy Jamaluddin menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat ‘tuduhan terbuka’ sebagai senjata menyerang musuh politik tanpa asas dan bukti yang kukuh kerana ia akan mencalarkan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga melakukan perkara sama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan membuat dakwaan dan membiarkan perkara itu tergantung seterusnya menimbulkan syak wasangka orang ramai.