[VIDEO] Malaysia akan mula memberi vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas

June 15, 2021

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membenarkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas menerima vaksin Pfizer-BioNTech dan bersetuju memberikan kelulusan untuk dua vaksin Covid-19 baharu bagi tujuan kecemasan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Keputusan dibuat dalam Mesyuarat PBKD kali ke-359 pada 15 Jun 2021.