[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat

March 29, 2023

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal mendesak ahli parlimen Jelutong RSN Rayer menarik balik dakwaannya bahawa beliau membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhubung isu kuasa pengecualian cukai.

Wan Fayhsal menyifatkan dakwaan Rayer berniat jahat dan cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana laporan polis tersebut dibuat oleh ahli Armada Bersatu.