[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional

January 26, 2023

Bekas ketua pemuda, Khairy Jamaluddin yang didakwa bakal dipecat UMNO nampaknya sudah menerima tawaran banyak parti yang sudi menerimanya sebagai ahli baharu.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuat tawaran kepada Khairy untuk menyertai Perikatan Nasional sekiranya disingkirkan oleh UMNO.

Ahmad Samsuri menyifatkan Khairy merupakan seorang tokoh yang “hebat”, berfikiran terbuka” dan mampu menjalankan tugas dengan cemerlang.

Namun, Khairy Jamaluddin memilih untuk terus setia bersama UMNO dan menolak pelawaan itu meskipun nasibnya dalam UMNO belum diketahui sehingga kini.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka menentukan nasib KJ pada mesyuarat Jumaat ini berkaitan dakwaan berlaku penipuan undian pada Perhimpunan Agung 2022 yang lalu.