[VIDEO] Kepulangan anda belum tentu disambut gembira jika jadi pembawa wabak Covid-19

May 9, 2021

Menjelang Aidilfitri, kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan orang ramai dinasihatkan agar tidak merentas negeri bagi mengelak penularan dalam masyarakat tidak terkawal.

Jika angka jangkitan ini berterusan meningkat kemungkinan sistem kesihatan negara akan lumpuh dan akan berlakunya situasi seperti di India.

Para petugas barisan hadapan semakin kepenatan dan mereka bekerja siang malam demi negara tercinta. Kasihanilah mereka, mereka juga seperti anda mahu pulang berhari raya bersama keluarga.