[VIDEO] Jangan ambil ringan amaran Mahathir Melayu hilang suara di negara sendiri

January 22, 2024

Amaran orang Melayu bakal hilang kuasa yang dilontarkan Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dipandang remeh sama sekali. Seorang Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata bekas Perdana Menteri itu pernah meramalkan UMNO hilang kuasa sebelum ini yang sudah menjadi kenyataan dan tidak mustahil sekali lagi jangkaannya akan berulang lagi.

Menurutnya dengan jurang yang semakin meningkat, tidak mustahil perkara itu berlaku dan Malaysia boleh menjadi seperti Singapura.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir walaupun ada ketikanya lantang tetapi amarannya berasas. Dalam tempoh 10 tahun lagi, bermakna dua lagi pilihan raya nanti, orang Melayu tidak lagi berkuasa dan akan kehilangan negara.

“Saya tidak nampak mustahil kerana lihat keadaan sekarang, walaupun parti-parti ini membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), terlalu banyak parti berasaskan Melayu.

“Impak besar yang boleh kita jangkakan ialah Malaysia menjadi seperti Singapura. Hanya tinggal 15 peratus orang Melayu di negara ini dan kita boleh lihat bagaimana penduduk asal kehilangan kuasa di tanah air sendiri. Ini adalah sesuatu yang berlaku di hadapan kita,” katanya dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu, Dr Mahathir berkata bangsa Melayu berisiko lenyap dalam tempoh 10 tahun akan datang jika mereka tidak bersatu mulai sekarang.

Negarawan itu berkata, orang Melayu juga akan ‘ditawan’ dan ‘hilang tanpa peperangan’ kerana tiada siapa yang mengambil berat tentang nasib bangsa ketika ini.

Kok Seong juga menggesa agar semua pihak khususnya orang Melayu menepis sentimen politik dan mendengar nasihat Dr Mahathir sebagai seorang negarawan berpengalaman.

“Tun Mahathir pernah meramalkan kehancuran Umno 10 hingga 20 tahun lalu dan ia menjadi kenyataan.

Jadi, apa salahnya kita mengambil amaran beliau sebagai nasihat daripada orang yang berpengalaman dalam mengekalkan kuasa Melayu di bumi berdaulat.”

[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya

January 22, 2024

[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir

January 22, 2024

[VIDEO] Kedah pilihan pelabur China, Sanusi harap tiada ‘tenyehan’ kerajaan campuran

January 22, 2024

[VIDEO] Isteri Daim dakwa laporan berita cemari keluarganya, tuduh tanpa fakta

January 19, 2024

[VIDEO] Takut hilang kuasa, Zahid syor RUU cegah tukar kerajaan

January 14, 2024

[VIDEO] J-KOM reka Langkah Dubai, Perikatan Nasional pula ditekan

January 10, 2024

[VIDEO] Laporan polis dakwa artikel fitnah Agong disogok PN

January 10, 2024

[VIDEO] Mahathir nafi di Dubai, Anwar pakar kerajaan pintu belakang

January 5, 2024

[VIDEO] Sanusi yakin kerajaan campuran tumbang, rakyat dah tak tahan

January 3, 2024

[VIDEO] Daim nafi tuduhan SPRM, dianiaya dendam politik Anwar

December 28, 2023

[VIDEO] Semua Tun perlu direman jika gagal isytihar harta, kata Mahathir

December 27, 2023