[VIDEO] Gurauan punca pelajar ditumbuk, tampar oleh sekumpulan lelaki

April 16, 2021

Tular klip video memaparkan seorang pelajar sekolah menengah terpaksa berdepan detik cemas dimarahi sekumpulan lelaki.

Dalam video berdurasi 1:53 saat itu, pelajar berkenaan ditumbuk dan dipukul oleh dua lelaki.

Kes itu yang dipercayai berlaku di sekitar Johor Bahru turut membabitkan seorang lagi pelajar sekolah.

Kejadian dikatakan berlaku apabila pelajar yang dipukul itu mempermainkan seorang pelajar yang kemudian memberitahu abangnya, yang kemudian datang bersama rakan dan memukul pelajar berkenaan.

Difahamkan kejadian samseng itu berlaku kerana berang dengan gurauan pelajar tersebut ke atas adiknya.