[VIDEO] Gagal jawab soalan, adik Guan Eng digesa letak jawatan jimat wang negara

March 27, 2023

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary menggesa Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying meletakkan jawatannya kerana gagal menjawab soalan dikemukakan dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Kegagalan untuk menyediakan jawapan dalam Dewan Rakyat memberi gambaran Hui Ying yang juga adik kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng seperti tidak masuk ke pejabat atau menyertai mana-mana mesyuarat melibatkan kementerian.

Dalam pada itu, Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor mengingatkan pihak kerajaan supaya tidak mengulangi insiden sama pada masa hadapan.