[VIDEO] DUN Perak lulus Mujahid jadi senator dewan negara

May 25, 2023

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini mengumumkan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai Ahli Dewan Negara selepas menjadi calon tunggal dari Perak.

Usul pemilihan itu dibuat oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad yang kemudian disokong oleh ahli parlimen Teja, Sandrea Ng Shy Ching sempena Sidang DUN Perak, pada Khamis.

Pemilihan Senator itu adalah bagi menggantikan Ahli Dewan Negara dari Perak yang melepaskan keahlian pada 2 November tahun lalu.