[VIDEO] Curi barang jemaah solat Subuh

April 18, 2021

Ketika jemaah muslimah sedang khusyuk menunaikan solat Subuh di Masjid Kampung Laut, Kuala Terengganu, seorang lelaki masuk dan melarikan beg dan barang berharga milik mereka.

Kejadian dikatakan berlaku semalam (17 April 2021), bagaimanapun dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu.

Suspek dipercayai menunggu di luar dan masuk melarikan barangan berharga ketika jemaah muslimah sedang sujud.

Susulan kejadian berkenaan, jawatankuasa masjid akan membuat laporan polis bagi mengenal pasti suspek. Jemaah wanita juga dinasihati supaya tidak membawa barangan berharga ketika ke masjid.