[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari

March 29, 2023

Ahli Parlimen Besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh digantung selama tiga hari kerana membantah isu pindaan dua rang undang-undang (RUU) menggunakan Bahasa Inggeris yang akan dibentangkan pada Rabu.

Che Zulkifly menegaskan RUU baharu perlu dibuat keseluruhannya dalam bahasa Melayu, bukan bercampur dengan bahasa Inggeris.

Menurut beliau, bukan semua rakyat memahami Bahasa Inggeris, sekali gus ia boleh menyebabkan kekeliruan serta tidak difahami dari sudut undang-undang.