[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri

February 1, 2023

Perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri boleh dianggap seperti anak beranak jaga wang negara.

Ia juga jelas bertentangan dengan reformasi yang diperjuangkan sebelum ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan anak perempuannya itu layak untuk memegang jawatan tersebut walaupun tidak mempunyai latar belakang mahupun kelulusan dalam bidang ekonomi.

Beliau menjelaskan lantikan anaknya, Nurul Izzah adalah untuk membantu proses tender berjalan dengan teratur dan tidak melibatkan sebarang bayaran elaun.

Dalam hal ini, Anwar seharusnya melantik individu berkebolehan, dan bukan memperjudikan nasib rakyat dengan melantik individu yang tidak jelas keupayaannya dalam bidang ekonomi.

Anwar juga seharusnya mendahulukan nasib rakyat, bukannya bimbang dengan kelangsungan karier politik anaknya selepas gagal mempertahankan kerusi di Parlimen Permatang Pauh yang disandang sejak 2018.