[VIDEO] Ahmad Said selar pengundi muda, dakwa disogok PAS

November 30, 2022

Sikap Pengerusi Umno Terengganu yang menyalahkan pengundi muda selepas kalah teruk di Terengganu pada PRU15 sangat memualkan

Dato’ Seri Ahmad Said mendakwa pengundi muda tidak memikirkan masa depan agama, bangsa dan negara ketika membuang undi kerana telah disogok dengan wang oleh PAS.

Kenyataan pemimpin Barisan Nasional Terengganu itu dianggap melampau dan seakan memandang rendah kematangan anak muda.

Ahmad Said membuat kenyataan itu selepas mendakwa kerajaan Terengganu menyalahguna skim bantuan tunai kepada rakyat Terengganu iaitu I-Belia, Dana Ibu Tunggal dan Pencen Rakyat bagi mendapat sokongan pengundi dalam PRU15.

Penipuan Ahmad Said itu dinafikan kerajaan Terengganu dan dilihat sebagai usaha menjejaskan imej PAS di mata rakyat.

Namun, kerajaan Terengganu tidak menghalang Ahmad Said untuk meneruskan membuat laporan kepada SPRM.

Untuk rekod, Barisan Nasional tewas di kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu yang dipertandingkan dalam PRU ke-15 termasuk Ahmad Said dengan majoriti sangat besar.