[VIDEO] ‘Dadah jihad’ bernilai lebih RM221 juta berjaya dirampas

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan menyeludup 650 kilogram pil Captagon atau dikenali sebagai ‘dadah jihad’
bernilai RM221.86 juta dalam satu operasi khas di Pelabuhan Barat, di sini, Isnin lalu.

Pengarah JSJN, Datuk Razarudin Husain berkata, pil Captagon dari Lubnan itu tiba di sini Ahad lalu sebelum ia dihantar ke negara-negara Asia Barat melalui Singapura pada Selasa lalu.