Tiada arahan isytihar aset daripada Kabinet setakat ini, kata Rafizi

January 12, 2023 · Uncategorized

Kabinet kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) setakat ini belum mengarahkan menteri atau timbalan menterinya supaya mengisytiharkan harta mereka, kata Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata sepanjang mesyuarat Kabinet berlangsung sejak penubuhan kerajaan campuran, tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung isu melibatkan pengisytiharan aset tersebut.

“Setakat ini tidak ada,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Menurut beliau, sama ada terdapat menteri lain yang diarahkan berbuat demikian oleh Anwar atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia di luar pengetahuannya.

“Saya tidak tahu,” ujar Rafizi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada arahan pengisytiharan harta dikeluarkan terhadap menteri kabinet campuran.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharan harta masing-masing berikutan syarat parti itu yang mahu semua calonnya berbuat demikian.

Namun, rakan sekutu politik PKR iaitu UMNO tidak pernah mengarahkan calon mahu pun menterinya mengisytiharkan aset sejak penubuhan kerajaan campuran.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok