Syed Saddiq sekali lagi buat permohonan cabar kredibiliti saksi

July 22, 2022 · Uncategorized

Tidak berpuas hati apabila permohonan sebelum ini ditolak, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak sekali lagi membuat permohonan untuk mencabar kredibiliti saksi utama pendakwaan, Rafiq Hakim Razali.

Ahli Parlimen Muar itu yang sedang berdepan pertuduhan dalam kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya membuat permohonan kali kedua menerusi peguamnya, Gobind Singh Deo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Syed Saddiq mendakwa wujud percanggahan dalam keterangan lisan Rafiq Hakim di mahkamah dengan pernyataan saksi yang direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, saksi menerusi keterangan lisannya di mahkamah memberitahu arahan yang didakwa diberi oleh Syed Saddiq untuk pengeluaran RM1 juta itu dibuat selepas ‘Langkah Sheraton’, pada perjumpaan di rumah tertuduh.

“Bagaimanapun, saksi menerusi pernyataannya kepada SPRM pula berkata arahan untuk pengeluaran RM1 juta itu dibuat menerusi panggilan telefon pada awal Mac 2020,” kata Gobind dipetik laporan BH.

Gobind turut berhujah bahawa terdapat percanggahan pada keterangan lisan Rafiq Hakim, di mana saksi tidak bersetuju bahawa wang dalam akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) adalah hasil kutipan dana orang ramai oleh Syed Saddiq sendiri untuk berkempen di Muar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada kenyataan saksi, Rafiq Hakim mengesahkan sumber kewangan ABBE adalah hasil sumbangan orang ramai sepenuhnya, iaitu melalui Majlis Makan Malam di Muar dan Majlis Makan di sebuah hotel.

Mahkamah kemudian menetapkan Isnin ini untuk keputusan permohonan itu.

Pada 7 Julai lalu, pihak pembelaan membuat permohonan untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim berhubung kandungan pernyataan saksinya yang didakwa bercanggah dengan keterangan lisan di mahkamah.

Bagaimanapun, pendakwaan berhujah bahawa pernyataan saksi Rafiq Hakim tidak mempunyai asas undang-undang kerana pihak pendakwaan tidak mengemukakannya di mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, memutuskan demikian selepas berpendapat pernyataan saksi oleh Rafiq Hakim yang ketika itu Penolong Bendahari Armada Bersatu tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mencabar kredibiliti beliau.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim sebagai Penolong Bendahari ARMADA BERSATU yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta ketika itu, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, KL Sentral, di sini, pada 6 Mac 2020. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ABBE, dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang terbabit.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok