PMX sedia hadapi Dr Mahathir, serah peguam urus

May 5, 2023 · Uncategorized

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk menguruskan saman yang difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya itu.

Beliau memaklumkan notis tersebut baru diterima daripada peguam Dr Mahathir.

“Biar pasukan peguam saya (uruskan kes saman berkenaan),” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat di Kuala Langat, hari ini.

Dr Mahathir memfailkan saman libel RM150 juta terhadap Anwar kerana mendakwa beliau memperkayakan diri, keluarganya dan rasis, antara lain malah sebelum ini mendakwa memiliki enam kotak rahsia kononnya melibatkan salah guna kuasa kerajaan terdahulu.

Bekas perdana menteri dua kali itu menuntut ganti rugi am RM50 juta dan teladan sebanyak RM100 juta.

Dalam penyataan saman itu, Dr Mahathir mendakwa kenyataan itu dibuat Anwar atas kapasitinya sebagai PMX, oleh itu ia mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya berbanding kenyataan sama yang dibuat rakyat biasa.

Katanya, dakwaan itu menjatuhkan imejnya sebagai negarawan yang menjadi ketua negara sebelum ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh sehingga 17 April kepada Anwar untuk menjawab tuntutan yang dihantarnya tetapi tidak dibalas, ia antara lain memintanya menarik balik fitnah dan meminta maaf berhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkaya keluarganya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok