MoU dengan kerajaan, Parlimen tak bubar sebelum 31 Julai 2022: PKR

September 13, 2021 · Politik

Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimerterai akan memastikan Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai tahun depan dan akan menjamin kestabilan kerajaan dipimpin Perdana Menteri dari UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persetujuan persefahaman antara blok pembangkang, Pakatan Harapan dengan kerajaan tersebut akan memastikan kerajaan yang diterajui parti UMNO akan kekal sehingga krisis kesihatan Covid-19 dapat ditangani dengan baik, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

“Fokus MoU adalah bantuan kepada rakyat, penambahbaikan usaha menangani Covid-19, reformasi Parlimen dan kebebasan institusi kehakiman,” ciapnya dalam Twitter hari ini.

Menerusi MoU itu juga, Fahmi berkata PH akan kekal sebagai pembangkang.

Bercakap kepada BH mengenai perkara sama, beliau berkata MoU terbabit bukan akuan bersumpah (SD) untuk memberi sokongan kepada Ismail Sabri.

“MOU itu adalah persefahaman terhad dalam beberapa perkara,” katanya.

PH dan kerajaan hari ini menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik iaitu komitmen bersama kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti serta mengembalikan semula kestabilan politik negara.

MoU itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen.

Turut tersenarai ialah Kebebasan Institusi Kehakiman, MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok