Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi

June 18, 2022 · Uncategorized

Malaysia dan India bersetuju mengenai pengiktirafan bersama sijil vaksinasi COVID-19 kedua-dua negara.

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya di India Subrahmanyam Jaishankar menyaksikan pertukaran dokumen itu antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid dan Saurabh Kumar, Setiausaha Timur di Kementerian Hal Ehwal Luar India (MEA), di New Delhi pada Jumaat, lapor Bernama.

Kedua-dua menteri juga bersetuju mengadakan mesyuarat Suruhanjaya Bersama India-Malaysia di Malaysia, menurut kenyataan MEA.

Pertemuan dua hala antara Saifuddin dan Jaishankar diadakan di luar sesi Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India.

“Kedua-dua menteri memutuskan untuk memberi momentum baharu dalam hubungan melibatkan ekonomi dan perdagangan termasuk membabitkan sektor minyak kelapa sawit dan hidrokarbon,” tambah kenyataan itu.

Perkembangan serantau dan global turut disentuh ketika sesi perbincangan itu.

Jaishankar menerusi ciapan di Twitter berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Saifuddin untuk memperkukuh kerjasama politik, ekonomi, pertahanan, tenaga, konsular, budaya dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok