Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menurun bawah paras 3,000 kes berbanding beberapa hari sebelum ini.
Kes harian yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 2,342 dan lebih rendah berbanding kes semalam sebanyak 3,010.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif sebanyak 2,810,689 kes.
Menurut beliau, Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNOW: https://covidnow.moh.gov.my.