Saya bersetuju dengan pandangan daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid dan pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, amat jelas menunjukkan bahawa dimana YDP Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet.
Ini amat bertetapan dengan prinsip Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy). Tambahan pula, semua pihak termasuk Raja-Raja Melayu dan Rakyat, perlu patuh dan menghormati perkara-perkara yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia.
Kerana Perlembagaan ini merupakan undang-undang tertinggi didalam Negara, THE SUPREME LAW OF THE LAND.
Tugasan Baginda sebagai YDP Agong boleh dilihat dengan jelas didalam Sumpah Jawatan Baginda seperti tercatit dalam Jadual ke 4, Perlembagaan Persekutuan.
Baginda YDP Agong didalam menjalankan tugas, berhak untuk mendapat pandangan serta penjelasan daripada pihak-pihak yang Baginda fikirkan sesuai.
Kerana itulah ditubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, yang di Pengerusikan oleh Tun Ariffin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara.
Sekian.
Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Beliau merupakan bekas Peguam Negara dan pengamal undang-undang.
*Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis berhubung isu semasa. Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Agenda Daily.