Soalan: Saya tidak setuju terus paksa disuntik vaksin terhadap pegawai kerajaan. Perlu dilihat kerana pemikiran mereka berbeza-beza. Mereka mempunyai hak asasi. Apakah pandangan tuan?
Jawapan: Kerajaan memberi peluang kepada rakyat dan pegawai kerajaan membuat pilihan. Bukan mandatori pun.
Namun kerajaan juga mempunyai hak untuk mengarahkan mereka yang berisiko ini agar mereka disuntik vaksin. Hak menjaga kepentingan umum adalah lebih utama dari hak segelintir rakyat yang degil.
Ibarat lesen memandu, tidak wajib setiap rakyat memiliki lesen yang sah.
Tetapi jika membawa kenderaan di atas jalan raya, wajib memiliki lesen memandu.
Adakah dengan mempunyai lesen memandu itu kemalangan tidak berlaku?
Kemalangan tetap berlaku atas kecuaian manusia, tetapi lesen itu adalah salah satu cara mengatur manusia supaya lebih berilmu dan berdisiplin.
Golongan menolak vaksin ini, apabila berada dalam sesuatu lokaliti, dibimbangi mereka mudah dijangkiti dan wabak boleh berlaku dalam kalangan mereka.
Tujuan kerajaan mengadakan polisi tertentu adalah bagi melindungi mereka dan menjaga kebajikan mereka.
Perkara sebegini lah mereka tidak faham.
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Kesihatan Keluarga