Ramai yang belasah saya tiap kali saya beri pandangan mengenai Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Zahid Hamidi.
Pengikut tegar Najib dan Zahid mempersoalkan siapa saya untuk memperlekehkan kepimpinan kedua-dua mereka.
Mereka bertanya kepada saya apakah saya baru keluar dari gua. Tiada alasan yang bijak yang diberikan. Ada yang menggelar saya Beruk.
Huh. Inilah yang katakan pengikut totok. Yang mengikut melulu tanpa rasional. Diupah untuk maki orang lain dalam sosial media.
Inilah yang dibanggakan pemimpin mereka yang kononnya mempunyai pengikut yang kental.
Dalam banyak posting, saya cuba sebaik mungkin mengelak daripada menggunakan perkataan Bosku.
Kenapa menjulang nama individu yang bergelumang dengan rasuah. Kebingungan apa menghempap kepala kita sehingga tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.
Apabila Kadir Jasin menyalahkan pengundi Melaka memilih UMNO, ramai jadi berang.
Pengundi masih percaya Najib dan Zahid difitnah. Hakikatnya, naratif ini masih laku di luar bandar.
Fuad Abdul Rahman
Subang Jaya
1 Dis 2021
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.