
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan bagi tahun 2023 pada kali ini.
Terlebih dahulu, saya mengajak Ahli-Ahli yang Berhormat mendoakan agar semua mangsa banjir di negeri Johor dan negeri-negeri lain yang terlibat diberi kesabaran dalam berdepan musibah dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah.
Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen yang kawasan mereka dilanda banjir, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang. Peruntukan ini boleh digunakan oleh Ahli-Ahli Parlimen
untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir.
Oleh kerana negeri Johor terjejas teruk dengan musibah banjir kali ini, saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Kerajaan Negeri Johor untuk tujuan membantu mangsa banjir dan membiayai program pemulihan
pasca banjir.
Saya telah mendengar dan meneliti kandungan ucapan pembentangan Belanjawan 2023, dan mendapati keseluruhan Belanjawan 2023 yang ditawarkan oleh kerajaan campuran PH dan BN masih belum dapat menggarap secara komprehensif arah tuju yang jelas bagi memulihkan semula ekonomi negara secara lebih berkesan.
Saya membuat perbandingan Belanjawan Tambun dengan manifesto Pakatan Harapan (PH). Terdapat banyak janji dalam manifesto PH yang tidak ditepati atau tidak disentuh langsung di dalam Belanjawan ini. Cukuplah jika saya sebutkan yang utama sahaja iaitu pertama, Dana Peruntukan Kawasan sama rata kepada semua wakil rakyat.
Kedua, komitmen Kerajaan untuk menghapuskan kartel dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas bagi membasmi kegiatan kaut keuntungan melampau.
Ketiganya, janji-janji dalam bidang pendidikan seperti Program Pemansuhan Hutang bersasar khas kepada golongan miskin dan isi rumah B40, memperkenalkan Biasiswa B40 dan menambah peruntukan program sarapan percuma, yang tidak disentuh dalam ucapan pembentangan.
Beranikah Tambun mengakui janji-janji manifesto PH sekadar retorik politik?
Bagaimana pula dengan janji-janji manifesto parti-parti lain dalam kerajaan campuran? Ini termasuk janji Barisan Nasional untuk memperkenalkan Skim Bantuan Pendapatan Asas di mana kerajaan akan mengkreditkan top up secara automatik ke dalam akaun semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM2,208 sebulan.
Ucapan YAB Tambun juga nampaknya tidak komprehensif serta tidak menyentuh masalah sebenar rakyat di peringkat akar umbi. Yang digemari Tambun hanyalah bermadah.
Rakyat tidak berminat untuk mendengar madah dan istilah yang digunakan oleh Tambun, tetapi lebih risau tentang keperluan asas dan jaminan masa depan ekonomi dan kebajikan mereka.
Bagaimana rakyat hendak berdepan dengan situasi perbelanjaan berganda menjelang pembukaan semula sekolah, ketibaan bulan puasa dan persediaan menghadapi Aidilfitri yang semakin hampir? Semua ini terpaksa dilalui rakyat dalam keadaan beban kos sara hidup yang terus
meningkat dan kadar inflasi yang tinggi.
Kita tidak mendengar apakah penyelesaian sebenar kepada masalah kos sara hidup rakyat daripada pembentangan Belanjawan ini.
Dalam ucapan ini, saya ingin menyentuh tentang tiga (3) perkara utama secara khusus iaitu dasar fiskal negara, subsidi bersasar dan isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dasar fiskal negara
Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022. Ini boleh dilihat sebagai salah satu petanda positif pemulihan ekonomi negara.
Namun, angka ini tidak memberi makna dan tidak menggambarkan situasi sebenar ekonomi rakyat, terutamanya mereka yang sedang bergelut dengan kesan-kesan akibat peningkatan kos sara hidup.
Realitinya, kadar pertumbuhan ekonomi kekal pada kadar sederhana dan tidak sekata, dengan pelbagai kekangan merentas beberapa sektor utama, termasuk sektor ekonomi, sosial serta pendidikan.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi dan Fiskal dan Anggaran Hasil terkini, kadar pertumbuhan hasil kerajaan Pusat menunjukkan trend menurun, daripada purata tahunan sebanyak 10.7 peratus dalam tempoh 2000 hingga 2009 kepada 4.5 peratus antara 2010 hingga 2018.
Saya juga ingin mengingatkan bahawa Malaysia mempunyai lebih kurang 1.3 juta pembayar cukai individu. Ini mewakili hanya 4 peratus yang menampung keseluruhan populasi yang melebihi 33.5 juta.
Sebahagian besar kutipan hasil digunakan untuk perbelanjaan mengurus (operating expenditure, OE) dengan peruntukan terbesar diberikan kepada emolumen, diikuti peruntukan persaraan, geran kepada badan berkanun, negeri, dan lain-lain.
Perbelanjaan mengurus yang menggunakan 99% daripada hasil kerajaan Pusat seperti di dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Tambun adalah tanda kesihatan fiskal yang terhad dan membimbangkan.
Tambahan lagi, dasar mengenai konsolidasi Belanjawan untuk mengurangkan defisit kepada 3.2 peratus daripada KDNK menjelang 2025, dilihat sebagai kurang realistik dalam keadaan negara masih dalam proses pemulihan ekonomi dan rakyat serta perniagaan masih
memerlukan bantuan kerajaan.
Situasi geopolitik semasa juga menyebabkan ketidaktentuan harga minyak yang memberi kesan negatif kepada pendapatan negara, termasuk mengehadkan kadar bantuan kepada rakyat.
Subsidi bersasar
Dalam ucapan Belanjawan Tambun, didapati jumlah subsidi dikurangkan daripada RM80 bilion kepada RM64 bilion pada tahun 2023.
Persoalan saya, adakah Kerajaan telah pun menilai dan mengenal pasti kesan terhadap pengurangan ini?
Hal ini kerana pengurangan jumlah subsidi boleh menyebabkan kenaikan kadar inflasi yang mendadak pada tahun ini. Rata-rata rakyat yang tidak berkemampuan masih sengsara untuk meletakkan makanan
di atas meja.
Tambahan pula, meskipun terdapat momentum positif dalam proses pemulihan ekonomi, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif supaya bantuan dapat disalurkan segera secara efektif kepada golongan yang memerlukan.
Subsidi yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat ternyata dapat meringankan beban mereka, tetapi ia seharusnya dilakukan secara bersasar.
Subsidi merupakan bantuan kewangan, bukannya satu bentuk insentif kerajaan. Kita mahu supaya subsidi kerajaan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan, sementara golongan
yang berkemampuan pula dapat bersama-sama menyumbang kepada kebajikan masyarakat dan kemajuan ekonomi negara.
Oleh itu, kadar produktiviti memainkan peranan penting dalam penentuan pengeluaran subsidi untuk mengelakkan sebarang ketirisan
dan pembaziran dalam perbelanjaan Kerajaan.
Sebagai contoh, semua kos bahan input dalam rantaian pengeluaran perlulah berdasarkan peningkatan kadar produktiviti.
Selain itu, Kerajaan perlu mewujudkan mekanisme bagi memastikan peningkatan daya pengeluaran di negara ini.
Malahan, YAB Tambun dalam Belanjawan menyebut tentang iltizam kerajaan hari ini untuk mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar, namun saya melihat masih tiada mekanisme yang kukuh dalam aspek pelaksanaannya.
Kerajaan hari ini tidak membuat saringan had subsidi mengikut kategori pendapatan T20, M40 dan B40, seperti mana yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini.
Bukan itu sahaja, klasifikasi subsidi haruslah disemak semula secara teliti untuk mengurangkan bebanan fiskal negara. Misalnya, subsidi terhadap bahan input seperti baja bolehlah dikekalkan, namun subsidi menyeluruh terhadap output seperti bahan api haruslah
diselaraskan dengan harga semasa global.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, ia mestilah mengikut formula produktiviti bagi setiap kos bahan input kepada output.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan perlu menjalankan pemantauan dan intervensi untuk menentukan keberhasilan (outcome) terhadap langkah ini iaitu pengurangan kadar kemiskinan.
Caruman KWSP
Dalam Belanjawan turut diumumkan cadangan untuk mengkreditkan RM500 ke Akaun 1 pencarum KWSP berusia antara 40
hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Tidak perlulah saya bercakap panjang mengenai perkara ini memandangkan YB Ayer Hitam ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2023 telah pun mengulas panjang lebar tentang pemberian
ini yang ternyata indah khabar daripada rupa.
Hakikatnya, bantuan KWSP yang diumumkan oleh YAB Tambun hanya untuk segelintir pencarum iaitu kumpulan umur 40 hingga 54 tahun sahaja, sedangkan hampir 53 peratus penyumbang caruman yang aktif tidak mendapat manfaat daripada pemberian ini. Golongan pencarum
yang berumur di bawah usia 40 tahun pula dinafikan hak mereka untuk mendapat bantuan yang sama.
Permintaan rata-rata pencarum untuk mengeluarkan simpanan KWSP juga tidak dipedulikan. Jelas kerajaan hari ini tidak mendengar
denyut nadi rakyat yang sedang dihimpit oleh bebanan kos sara hidup yang tinggi. Benar KWSP adalah untuk simpanan hari tua, tetapi apa guna
bercakap tentang hari tua, jika hari ini pun rakyat tidak mempunyai wang untuk keperluan harian.
Memacu Agenda Bumiputera
Seperti yang telah saya tegaskan dalam ucapan perbahasan Titah Diraja saya di Dewan yang mulia ini, dasar mengenai Bumiputera mesti menjadi keutamaan Kerajaan dan tidak boleh dikompromi sama sekali.
Berdasarkan jawapan YB Papar pada 23 Februari lalu, nampaknya kerajaan mengambil pendekatan yang agak terburu-buru dalam menggantikan dasar WKB2030 dengan konsep baharu Malaysia Madani
yang masih belum jelas perancangannya. Harus diingatkan bahawa WKB2030 telah disepakati untuk menjadi tonggak wawasan negara sehingga tahun 2030, malah termaktub dalam dokumen RMKe-12 yang
telah diluluskan oleh Dewan yang Mulia ini.
Agenda Bumiputera sebenarnya telah diberi penekanan khusus dalam Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (2020-2030) sebagai kesinambungan dasar-dasar Kerajaan terdahulu iaitu Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dan Dasar Pembangunan Nasional (1990-
2000).
Di bawah gagasan besar WKB2030 ini, Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) telah pun ditubuhkan yang berfungsi sebagai sebuah mekanisme pemantauan di peringkat tertinggi untuk memastikan semua sasaran golongan Bumiputera dapat dicapai.
Sebaliknya, sehingga kini, saya tidak melihat agenda ini disebut secara jelas dalam Dasar Malaysia Madani mahupun dalam mana-mana komitmen Kerajaan campuran pada hari ini.
Justeru dalam hal ini, Kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan dasar dan agenda Bumiputera dalam dasar pembangunan negara. Kajian impak berkaitan status pencapaian syarikat Bumiputera dalam pelbagai bidang ekonomi yang telah dibantu serta
menerima manfaat dari pakej dan inisiatif Kerajaan perlulah dibentangkan. Ini amat penting bagi melihat sejauh mana dasar-dasar
berkaitan, benar-benar memberi manfaat kepada golongan Bumiputera.
Ini termasuk memperincikan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang yang telah, sedang dan akan diambil oleh pihak Kerajaan serta mekanisme pemantauan selaras dengan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TBP2030) yang telah diumumkan
Kerajaan sebelum ini.
Dalam RMKe-12 misalnya, antara penekanan yang diberi termasuk sasaran pertambahan sumbangan kepada PMKS Bumiputera sebanyak 15 peratus daripada KDNK. Bagi mencapai sasaran ini, usaha memperkasa golongan Bumiputera perlu dipergiat menerusi pembiayaan
dan pelaksanaan program keusahawanan seperti Dana Kemakmuran Bumiputera.
Seperkara lagi ialah mengenai Yayasan Pelaburan Bumiputera, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dan Yayasan Ekuiti Nasional yang hendak disatukan.
Saya ingin bertanya adakah kerajaan telah menimbangkan dengan sebaik-baiknya keputusan ini? Ini kerana ketiga-tiga entiti ini mempunyai fungsi yang berbeza dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera dari segi pemilikan wang
simpanan, hartanah dan ekuiti. Tidakkah penggabungan ketiga-tiga entiti ini akan menyebabkan fungsi setiap entiti tersebut luntur dan seterusnya menjejaskan pencapaian sasaran pemilikan kekayaan Bumiputera.
Menjaga kebajikan warga FELDA
Walaupun Belanjawan 2023 mengiktiraf peranan peneroka FELDAyang telah menyumbang kepada tabung wakaf negara, namun agakmalang apabila kebajikan mereka seolah-olah tidak diberi perhatian yangkhusus oleh kerajaan hari ini.
Inisiatif pelupusan hutang RM8 bilion peneroka FELDA olehKerajaan Perikatan Nasional tidak diteruskan oleh Kerajaan PakatanHarapan atas alasan ia memberi kesan kepada aliran tunai FELDA. Sayatidak fikir inisiatif pelupusan hutang yang dilaksanakan oleh kerajaanPerikatan Nasional dahulu memberi kesan besar kepada aliran tunaiFELDA kerana hutang-hutang itu adalah hutang lapuk, di samping FELDAjuga telah menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion yang dijamin olehkerajaan. Sepatutnya dengan sukuk yang diterbitkan untuk memulih danmeningkatkan daya saing FELDA, FELDA mempunyai kemampuan untukmeneruskan inisiatif pelupusan hutang peneroka yang telah dimulakanoleh kerajaan Perikatan Nasional. Bagi saya mudah saja. Kalau hendakseribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.
Selain itu Belanjawan 2023 juga langsung tidak menyentuhmengenai inisiatif-inisiatif lain untuk warga FELDA termasuk perumahangenerasi kedua. Adakah Kerajaan Madani ini tidak memandang wargaFELDA sebagai kelompok masyarakat yang penting dan memerlukanpembelaan? Atau ini sebenarnya dendam politik Pakatan Harapanterhadap warga FELDA yang diketahui rata-ratanya menolak PakatanHarapan dalam Pilihan Raya Umum-15 yang lalu?
Amat malang, Barisan Nasional yang kini berada di dalam kerajaanpimpinan Pakatan Harapan tidak mampu bersuara untuk membelakebajikan warga FELDA walaupun dahulunya warga FELDA lah yangmenjadi penyokong kuat mereka.
Maka, sudah tibalah masanya untuk seluruh warga FELDA beralihmenyokong Perikatan Nasional yang telah terbukti serius untuk membelanasib warga FELDA, termasuk inisiatif melupuskan hutang peneroka.Tidak usahlah menyokong Barisan Nasional lagi kerana ternyata BarisanNasional telah berada di bawah telunjuk Pakatan Harapan.
Sebagai pihak pembangkang, kami kekal profesional dan telusuntuk memainkan peranan semak dan imbang (check and balance)secara konstruktif. Saya berharap pihak Kerajaan akan memperhalusidan meneladani isu-isu yang telah dibentangkan. Bukan bersikap pilihkasih dan hanya pandai memainkan sentimen dendam kesumat,mencari-cari salah individu tertentu secara terancang atau dengan izin “selective prosecution”.
Sikap dangkal sebegini perlu segera dihentikan. Ini bukanlah cara pentadbiran Kerajaan yang seperti rakyatmahukan.
Menjunjung prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil, kami menyokongdasar dan perancangan Kerajaan yang baik serta memberi manfaatsebenar kepada rakyat, serta menolak mana-mana dasar yangmemudaratkan rakyat.
Berita tepat dan menyeluruh.