Saya nampak ada maklumat / status katanya datang daripada seseorang yang TIADA kepakaran didalam bidang sub-spesialiti buah pinggang menyatakan ubat tahan sakit adalah SAMPAH dan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Lepas itu, ramai jurujual produk terlompat-lompat lah keseronokan kata ubat hospital sampah.
Ubat tahan sakit ada bermacam jenis. Kesemuanya sudah dikaji dan dos yang kita tahu selamat. Ada yang berkomplikasi buah pinggang seperti Nsaids – tapi ada sahaja alternatif lain.
Sebab itu, bila perlu ubat tahan sakit, kita beri sementara – sampai penyebab sakit itu dirawat dan tidak lagi berkeperluan.
Bukan beli sesuka hati di luar dan telan tanpa pantauan dos. Kalau begini, memang lah berisiko penyakit kronik buah pinggang seperti “analgesic nephropathy”.
Habis tu, bila seseorang sakit teruk, takkan nak bagi air suam sahaja? Mestilah nak bagi ubat tahan sakit. Tapi, kita tahu had, dos dan kontraindikasi jika ada penyakit.
Apa produk sampah? Dos selamat tak tahu. Kajian keselamatan tak tahu. Konon semula jadi tapi tambah menambah benda-benda sampah.
Overclaim tak habis-habis – jelas melanggar Akta Iklan dan Ubat 1956. Produk sampah ini badan kita tidak perlukan dan bakal memudaratkan.
Demi duit, sanggup mereka ini membinasakan hidup manusia. Saya ingatkan sekali lagi: pesakit kronik – jangan sentuh apa-apa produk beli online atau tanpa persetujuan doktor merawat.
Memang hari-hari pun saya jumpa produk sampah yang dibeli dari jurujual overclaim yang hanya mahu duit. Pesakit dah merengkuk rosak organ, saya tak nampak pula jurujual muncul. Telefon pun mereka tutup.
Pesakit yang dipersalahkan – tak minum air cukup katanya. Nonsense.
Ingat, saya kerja di hospital yang berlambak pesakit macam ini. Kami sahajalah yang pesakit ada waktu-waktu macam ini. Menangis airmata darah pun, fungsi buah pinggang tidak akan kembali pulih.
Yang berhutang dengan ceti, ah long dan yang sewaktu dengannya, bergolok-bergadai membeli produk sampah daripada jurujual menjanjikan bulan dan bintang – ditambah masalah rosak buah pinggang pulak.
Sebab percaya produk sampah bulan bintang ini, menjadi mereka lalai dengan kawalan kencing manis dan darah tinggi.
Kalau tidak ada kredential atau kelayakan kepakaran, tidak payah lah nak bersuara.
Know your limits.
Hari ini hari baik, hari Jumaat; elok tanamkan kesedaran ini.
Stay away from my patients.
Rafidah Abdullah
Pakar yang diiktiraf didalam bidang perubatan dalaman dan buah pinggang.