Seorang individu telah menyalahgunakan surat pengesahan majikan dan pas pekerja dengan merentas daerah bagi tujuan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama ibu bapanya baru-baru ini.
Sedangkan beliau tinggal dan menetap di daerah lain.
Akhirnya, disebabkan tindakannya yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan telah menyebabkan ramai ahli keluarganya turut dijangkiti virus Covid-19.
Hasil siasatan yang dilakukan juga mendapati, tiada SOP dan amalan norma baharu yang diamalkan ketika menyambut hari lebaran itu.
Kini, ibu bapa dan anak-anak saudaranya (golongan berisiko) yang masih kecil sedang menjalani rawatan di hospital akibat tindakannya itu.
Pengajarannya
Jadi, cubalah tuan/puan bayangkan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti ziarah di Hari Raya dilakukan baru-baru ini? Adakah kes akan melonjak lebih tinggi atau bagaimana?
Kitalah yang akan menentukannya.
Kepada rakyat yang sentiasa terus mematuhi SOP, anda adalah warganegara yang amat bertanggungjawab, anda juga adalah anak yang bertanggungjawab kepada keluarga.
Pengorbanan yang kita lakukan hari ini adalah demi masa depan kita, masa depan tanpa Covid-19.
Kepada fronliner anda tetap hero kami! Terus cekal bertugas demi negara yang tercinta ini.
Kerana, kita akan menang satu hari nanti. Kita akan menang!
Majlis Keselamatan Negeri Kedah