
Skandal Subang Skypark
Subang Skypark Sdn. Bhd. (SSSB) ditubuhkan pada tahun 2007.
30% saham dimiliki oleh Tan Sri Ravindran Menon.
30% saham dimiliki oleh Datuk Aisamar Kadil Mydin Syed Marikiah.
40% saham dimiliki syarikat persendirian Anggun Intelek Sdn. Bhd., anak syarikat Temasek Padu Sdn. Bhd. (UMNO-linked investment vehicle)
Kerajaan Barisan Nasional kemudiannya anugerahkan sub-lease konsesi 59 tahun kepada SSSB.
Pada 3 April 2018 (sebulan sebelum PRU14) The Edge Market melaporkan WCT Holdings Bhd. (WCT) telah membeli 60% saham SSSB yang dimiliki oleh Tan Sri Ravindran & Datuk Aisamar.
SSSB adalah anak syarikat milik penuh kumpulan WCT, di mana pemegang saham terbesarnya adalah taikun Tan Sri Desmond Lim Siew Choon.
Apa hubungan Bekas Perdana Menteri/Presiden UMNO/Najib dengan Tan Sri Desmond Lim Siew Choon?
Tan Sri Desmond Lim Siew Choon adalah antara pemilik saham terbesar dalam WCT dan Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT); pemilik hartanah Pavilion Residences dan gedung membeli-belah mewah Pavilion di Bukit Bintang dan dinamakan sebagai orang ke-32 terkaya di Malaysia oleh Forbes 2020.
Rakyat Malaysia pasti masih ingat lagi 3 unit kediaman mewah yang didakwa milik Najib di Pavillion Residences yang diserbu PDRM dan menyita antaranya ialah :
284 kotak & 72 beg besar mengandungi
12,000 barang kemas termasuk
2,200 cincin
1,400 rantai
2,100 gelang
2,800 pasang anting-anting
1,600 kerongsang
14 tiara
Dengan nilai pasaran dikatakan berjumlah hampir RM880 juta,
567 beg tangan mewah bernilai RM51.3 juta
423 jam tangan mewah bernilai RM78 juta
234 cermin mata hitam bernilai RM374,000
dan
RM116.7 juta wang tunai pelbagai matawang
Fuh..!
Ada lagi.
Ada dakwaan mengatakan bahawa sebuah private jet telah disewa khas daripada Premi Air (Jakarta) dan sepatutnya mendarat dan mengambil penumpang bersama kargonya di Subang Skypark pada 11 Mei 2018 iaitu 2 hari selepas tumbangnya Najib sebagai Perdana Menteri.
Siapa yang tolong tempah & siapa penumpangnya?
Berdiri bulu roma…
Bersambung…
Pitt A. Rahman
Pembaca Agenda Daily dan penulis bebas yang berminat dalam politik, sosial dan juga hiburan.