Apakah jenis penyakit berjangkit yang mudah merebak sewaktu dan selepas banjir?
Di Malaysia apabila berlaku malapetaka seperti banjir risiko untuk mendapat penyakit berjangkit memang lagi tinggi daripada kalau tidak berlaku banjir. Kalau kita bermain air, kalau kita dedahkan diri kepada air banjir, kita akan terdedah kepada beberapa penyakit tertentu seperti penyakit seperti:
- Kencing Tikus atau Leptospirosis, diakibatkan oleh air kencing tikus.
- Melioidosis diakibatkan oleh kuman bawah tanah. Apabila berlaku banjir, tanah akan tercemar dan mengeluarkan kuman Meliodosis yang boleh menjangkiti kita sekiranya terminum air tersebut.
- Demam Kepialu atau Typhoid Fever yang disebabkan oleh pembuangan najis yang tidak terurus.
Apalah gejala yang ditunjukkan oleh individu yang dijangkiti penyakit akibat banjir?
Gejala-gejala atau tanda-tanda yang akan dialami sekiranya terdedah kepada kuman-kuman tertentu bawaan banjir:
- Demam-lazimnya berlaku 2-3 hari selepas terdedah kepada air banjir.
- Cirit-birit contohnya jika terdedah kepada demam kepialu bakteria kepialu.
- Menggigil dan sukar bernafas, sekiranya terdedah kepada kuman Leptospirosis atau Melioidosis
- Sakit perut
- Muntah
Langkah-langkah pencegahan
- Jangan dedahkan diri kepada banjir. Sekiranya kawasan anda menerima amaran banjir, lakukan persediaan yang secukupnya.
- Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan dari banjir, pastikan anda membersihkan diri selepas berlaku banjir.
- Jika anda mempunyai luka yang terdedah, pastikan luka itu ditampal atau ditutup terlebih dahulu.
- Sebagai peringatan, sebelum berlaku banjir sebaik-baiknya pastikan persekitaran rumah itu bersih. Ini dapat menngurangkan risiko untuk mendapat penyakit disebabkan banjir.
- Elakkan diri kita dan anak-anak daripada bermain air banjir kerana mereka akan mudah dapat penyakit daripada banjir ini.
Dr Muhamad Yazli Yuhana
Pakar Penyakit Berjangkit
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.