
Proklamasi Orang Melayu 19 Mac 2023.
Dua belas proklamasi ini dibacakan ketika sidang media oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, 13 Mac 2023, di ibu negara.
- Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang;
- Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka;
- Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka;
- Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri;
- Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri;
- Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu;
- Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka;
- Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka;
- Pemulihan bangsa Melayu hanya akan berjaya jika mereka kembali bersatu;
- Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan;
- Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri;
- Bertautlah semula demi Agama, Bangsa dan Negara.