Dua artikel Tan Sri Abdul Hadi Awang (TGHH) telah menyebabkan Pakatan Harapan (PH) terloncat-loncat. Lebih teruklah loncatan mereka daripada penonton konsert di Kelantan.
Isu pertama, umpan TGHH berkenaan majoriti pemberi rasuah adalah dalam kalangan bukan Bumiputera.
Umpan dimakan. Habis bangkit pemimpin DAP marah kepada TGHH dan macam biasa burukkan imej TGHH dan PAS dengan wajah rasis.
Sekali dikeluar data dan fakta kajian, bahawa memang pemberi rasuah di Malaysia untuk tahun 2010-2014 adalah ramai dari kalangan bukan-Bumiputera.
87.97 peratus pemberi rasuah (57.46 peratus adalah Cina, 30.51 peratus adalah India dan lain-lain) adalah bukan dari kalangan orang Melayu. Checkmate! Mati kutu dan mati akal geng PH nak membalas.
Sebelum ini kita dimomok-momokkan bahawa orang Melayu kuat rasuah, rupanya pemula dan pemberi rasuah adalah dari kalangan bukan-Melayu.
Betullah apa yang ditulis oleh TGHH. PH terperangkap, checkmate!
Isu kedua, TGHH campak umpan lagi dengan tulisan ramai dari kalangan PH tak beriman. Sekali lagi, umpan mereka ‘ngap’. Kecoh pula PH, pimpinan PAN pun terkinja-kinja lebih dari tonton konsert Wings.
Kata depa inilah bukti PAS amalkan budaya takfiri, ekstremis bla bla dan bla. (Menguap)
Sekali lagi dikeluarkan fakta, dalam web Parlimen terdapat seramai 90 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan. 55 daripadanya bukan-Islam dan 35 adalah Muslim.
Bersamaan 61.11 peratus dari kalangan Ahli Parlimen PH adalah bukan-Islam. 61 peratus ini ramai ke sikit?
Maka tiada yang salah dari tulisan TGHH, bahawa ramai dari kalangan PH adalah tak beriman (61 peratus) yang bukan-Islam.
Sekali lagi PH terperangkap dan checkmate!
PH nak gunakan isu perasuah untuk wajahkan PAS rasis. Data membuktikan ramai bukan-Melayu pemberi rasuah.
PH guna isu tak beriman untuk wajahkan PAS itu ekstremis dan takfiri. Data juga buktikan ramai Ahli Parlimen PH tidak beriman (bukan-Islam).
Sekarang nak tuduh PAS mesra dengan perasuah pula. Depa tak sedar yang berbelas-belas kes pemimpin PH digugurkan ketika PH jadi kerajaan.
Isu rasis, checkmate.
Isu ekstremis, checkmate.
Isu integriti, checkmate.
Ahmad Fahmi Mokhtar,
Darulnaim Research Centre
Artikel ini disiarkan terlebih dahulu di Harakah pada 21 September 2022. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.