
Corak yang berlaku pada paru-paru pesakit Covid-19 sama seperti corak lantai marmar.
Ini salah satu daripada komplikasi Covid-19 yang kita panggil ‘organizing pneumonia.’
Kalau tengok keratan rentas CT Scan paru-paru pesakit Covid-19 ini, ada corak yang dipanggil ‘crazy paving’.
‘Crazy paving’ ini adalah corak yang tidak ada bentuk tersendiri.
Dalam ilmu seni bina, corak ini selalu orang buat kat taman-taman, dinding ataupun jalan nak masuk tempat letak kereta di rumah. Selalunya bahan seperti marmar atau seramik yang dicantum -cantum.
Apabila seorang pesakit Covid-19 medapat komplikasi ‘organizing penumonia’ di paru-paru ini, ianya akan menyebabkan kerosakan dan parut yang besar.
Hampir mustahil nak pulih suci murni seperti dahulu kala.
Sebab itu pesakit Covid-19 ini walaupun sudah pulang ke rumah, masih termengah-mengah lagi, terutama apabila berjalan atau naik tangga.
Ada juga yang terpaksa standby oksigen di rumah kerana parutnya sudah kekal.
Semoga kita semua dilindungi dari bahaya Covid-19.
Kalau yang belum vaksin, cepatlah daftar. Sekurang kurangnya kalau terkena Covid-19, tak ada la sampai jadi macam ni. Vaksin telah terbukti mengurangkan komplikasi Covid-19.
Dr Nurilyani Bujang
Petugas barisan hadapan