Hari ini terbukti:
1. Muafakat itu membawa BERKAT. Muafakat Ummah itu kehendak pengundi Melayu dan Islam. Tsunami sokongan Melayu Islam kepada Perikatan Nasional (PAS dan Bersatu) menjadi bukti.
2. Keputusan PRN Melaka dan PRN Johor tidak menjamin kemenangan dalam PRU-15.
3. Mendesak PRU-15 dilakukan tahun ini juga tidak menjamin kemenangan dalam PRU-15. Terbukti juga bahawa UMNO dan BN tidak bersedia untuk menghadapi PRU-15.
4. Keputusan menggugurkan DS Shahidan Kassim, TS Annuar Musa, TS Noh Omar adalah keputusan yang salah, mengakibatkan bukan sahaja BN kalah kerusi Parlimen, malah sebuah negeri.
5. Keputusan memaksa bahagian Gerik menerima Ketua Pemuda dan bahagian Padang Besar menerima Ketua Puteri terbukti salah sehingga mengakibatkan BN kalah di kubu kuat UMNO.
6. Keputusan mengabaikan KJ, membiarkan dia terkapai-kapai mencari kawasan untuk ditandingi, adalah kesilapan dan telah mengakibatkan BN hilang satu kerusi. BN mungkin menang jika KJ diletak di kawasan yang lebih selamat, malah boleh menang jika diletakkan di Putrajaya.
7. TS Annuar Musa, TS Noh Omar dan DS Shahidan Kassim adalah betul. Manakala Presiden, Timbalan Presiden, pegawai-pegawai Presiden dan MKT lantikan Presiden adalah salah.
8. Presiden adalah liabiliti terhadap parti dan terhadap calon.
9. Formula pencalonan Presiden dan Tingkat 38 adalah formula mencari kekalahan, bukan formula mencari kemenangan.
10. Presiden, Timbalan Presiden, SU Agong, Bendahari UMNO, Ketua Pemuda, Ketua Puteri UMNO adalah mereka yang GAGAL.
11. Fitnah, khianat, tindakan memecahbelahkan penyatuan ummah kerana mahu menyelamatkan diri akhirnya mengakibatkan BN kehilangan rakan dan sokongan umat Islam dan orang Melayu.
Fahamkan, rakyat dan ahli sudah tidak mahu presiden yg menjadi liabiliti dan mengkhianati parti. Anda adalah hambatan untuk kita menang besar dalam PRU-15 ini.
Sila letak jawatan bersama pegawai-pegawai dan MKT lantikan anda yang GAGAL dan yang telah merosakkan parti dalam PRU-15 ini.’
Letak jawatan. No Anwar, No Dap, No More Zahid Hamidi.
Tun Faisal Ismail Aziz
Tulisan ini dipetik dari Facebook penulis dan adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.