
Tular gambar helikopter digunakan pemimpin PH semasa kempen PRU-15 lalu.
Tular gambar helikopter digunakan pemimpin PH semasa kempen PRU-15 lalu.
Minta maaf… hari ni dah hari Sabtu (semalam), tapi saya baru tahu.
Saya baru terbaca bahawa kelmarin ni ada orang yang bekerja tapi tak ambil gaji, pergi solat Jumaat naik heli.
Kemudian mereka minum kopi di warung kampung sambil sembang-sembang sesama sendiri. Adakah mereka cuba memberitahu kita bahawa mereka hanya marhain, minum kopi warung saja.
Mereka tidak berubah sama sekali, kemudian balik naik heli lagi. mungkin kita patut termenung dua tiga jenak dengan trend kerja tak ambil gaji ni supaya kita juga boleh ke sana sini naik heli.
Ada mamat dari Gua Niah cuba back up Adinda yang dikatakan ikut resmi papa. Kata mamat Gua Niah yang suka cakap banyak sambil menabur fitnah tu, Adinda boleh saja bekerja tanpa gaji kerana dia ada pencen Ahli Parlimen, suaminya pun bekerja juga.
Tindakan Adinda tu adalah lambang keikhlasan tahap dewa yang perlu dipertahankan.
Saya rasa Adinda lebih muda daripada saya, belum pun mencapai umur 50 tahun. Kalau tidak tentu saya panggil dia kanda!
Untuk mamat dari Gua Niah, pencen Ahli Parlimen, ADUN, Exco dan lain-lain jawatan politik yang ada skim saraan berpencen, mereka hanya akan dibayar pencen setelah mencapai umur 50 tahun.
Kalau Adinda berusia 40 tahun, Adinda kena tunggu lagi 10 tahun untuk menerima pencen. Sebab tu kanda kata ambil saja gaji kalau sudah menerima secara sukarela dilantik ke jawatan besar dalam kerajaan.
Nak malu apa Adinda? Kerja apa tak ada gaji, nak makan apa?
Kepada mamat Gua Niah, kalau nak back up pun sepatutnya study la serba sikit dulu. Kan dah dua kali tersipu- sipu papa kita itu. Baik kau diam daripada membodoh.
Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
Berita tepat dan menyeluruh.