Lengkap berbaju melayu bersama sampin tampak segak bersongkok cukup sempurna gaya melayu, cocok lambang parti perjuangan melayu.
Tetapi sayang seribu kali sayang, adab tergelincir !
Dua pemimpin tertinggi PAS Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man hadir sebagai tetamu kehormat. Tetamu yang mendahulukan dan memilih penyatuan ummah bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kerajaan PERIKATAN NASIONAL, “dicederai” secara terbuka.
Mananya adab parti perjuangan Melayu @ UMNO bila asas tutur laku cerminan biadap !
Tetamu dijemput dengan diletakan molek di atas pentas tanda penghormatan tetapi rupanya, di sebalik terselindung agenda untuk menjatuhkan air muka. Punca “salah” tetamu apabila turut menjadi sebahagian daripada komponen PERIKATAN NASIONAL atas alasan perpaduan.
“Salah” PAS jelas, kononnya sehingga diperlaku sebegitu.
Gamaknya pula UMNO “betul” dengan pengkhianatan persepakatan dengan sokongan pada Anwar Ibrahim sebagai PM.
Justeru membelakangkan setiakawan bersama PAS ? Mana pakainya “muafakat” yang dimenterai bersama @ Muafakat Nasional ?.
Penyatuan ummah malah peradaban BUKAN hak ekslusif mana² parti politik malahan era moden atau keistimewaan darjat dunia bukan alasan manusia mengetepikan adab dan nilai dalam apa juga keadaan sekalipun termasuk dalam mengeratkan perhubungan. Bahkan yang lebih penting adalah memperlakukan orang lain dengan penuh rasa hormat.
Simpulnya di sini, kata-kata cacian atau makian dalam lontaran kata-kata BUKAN entiti yang patut dicontohi kerana perbuatan itu tidak menunjukkan akhlak Islam yang sebenar, lagi² bagi sosok yang di gelar pemimpin parti MELAYU @ UMNO !
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…buruk padahnya.’ Titik !