Kenyataan maaf atau tindakan undang-undang akan diambil

Saya merujuk pada kenyataan Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Terengganu, Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif bertarikh 24 Mac 2021 yang menyatakan saya di tahan di bawah Akta Hasutan.

Namun sebaliknya, saya seorang pengadu bagi menyiasat kes gangguan seksual di bawah Akta 354 Kanun Keseksaan.

Walaupun pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu saudara Wan Muhamad Haikal telah memperbetulkan kenyataan MPN Terengganu namun sehingga hari ini tiada seorangpun daripada ahli pimpinan MPN Terengganu ingin memperbetulkan kenyataan mereka yang cuba memberi imej dan persepsi buruk pada diri saya.

Oleh kerana kenyataan media MPN Terengganu yang cuba memberi persepsi buruk pada diri saya, saya telah diserang dan dipersendakan oleh pelbagai pihak. Perkara ini juga menjejaskan reputasi ayah saya yang juga seorang pegawai polis. Hal ini berikutan, kenyataan pimpinan MPN Terengganu tanpa merujuk sumber yang sah.

Kenyataan media yang dibuat MPN Terengganu seolah-olah tidak mengakui saya salah seorang ahli pimpinan sayap AMK walaupun telah banyak program dan kenyataan media telah saya keluarkan sebelum ini.

Walaupun berada dalam satu “kapal” yang sama, tindakan MPN Terengganu memfitnah saya memberi kesan buruk pada diri saya dari sudut psikologi.

Oleh yang demikian, saya akan mengeluarkan satu notis saman malu kerana memfitnah saya yang dikatakan ditahan di bawah Akta Hasutan.

Saya hanya memberi tempoh masa masa 3 hari untuk permohonan maaf secara terbuka sebelum mengambil tindakan undang-undang.