Bila sudah jatuh cinta DAP hina Allah pun pemimpin UMNO tak marah

Salah seorang netizen yang memberi ulasan terhadap kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai ‘Kerajaan Allah’ dalam Facebooknya semalam menulis:

“Uncle you nak kata orang x baca berita? Sorry to say ya. U mungkin tak faham apa itu Hadi Awang tulis “Kerajaan Allah” dan “Kerajaan Manusia”. Semua parti tak kira gov or pembangkang adalah “Kerajaan Manusia”. IF YOU DONT UNDERSTAND THE CONTEXT then dont comment.”

Rasanya yang menulis ini orang muda sahaja. Sebab itu dibahasakan Kit Siang sebagai ‘uncle’. Ya! Memang wajar pun orang muda menegur orang tua itu yang sudah melakukan satu kesilapan besar, akibat tergila-gila bermain politik untuk meraih kuasa, hingga sanggup mencemarkan kesucian Islam.

Ada lagi netizen yang membuat ulasan dalam Facebook Kit Siang selepas dia memuat naik kenyataan yang dilihat mempersenda dan memperlekehkan Allah SWT. Netizen itu hanya bertanya Kit Siang “adakah Hadi Awang pernah menghina agama atau tuhan Kit Siang?”.

Perlecehan dan penghinaan terhadap Allah ini bukan perkara main-main. Apa lagi jika membuat hantaran yang kemudian dikomen oleh ratusan netizen. Tapi itulah yang kerap kali dilakukan pemimpin cauvinis DAP.

Yang membantah tidak mengapa tetapi yang menyokong kenyataan Kit Siang itu menjadikan ayat-ayat yang ditulisnya sebagai ‘tulisan menghasut’ rakyat menyambung lagi penghinaan yang dimulakannya.

Semalam, Kit Siang dalam hantaran Facebook yang kemudian dipadamnya menulis:

“If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.

Terjemahan:

Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”.

Penasihat DAP Lim Kit Siang membuat kiriman di laman Facebooknya hari ini yang dikatakan mempersenda dan memperlekeh Allah SWT. Bagaimanapun 10 minit kemudian dia menurunkan kiriman itu.

Dia merujuk istilah “Kerajaan Allah” kepada tazkirah secara maya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan.

Kiriman Kit Siang itu mendapat lebih 182 perkongsian dan lebih 602 komen yang menyokong dan membantah kenyataannya. Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian Kit Siang telah memadam kiriman itu.

Seperti kata Ketua Penerangan Armada Bersatu Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir apa yang diperkatakan Presiden PAS itu bukannya merujuk bahawa ‘kerajaan ini’ (kerajaan Malaysia) adalah kerajaan Allah, melainkan Allah dan seluruh zat-Nya yang bersemayam di Arasy’ yang maha kuasa atas tiap sesuatu.

Menurut Ashraf Mustaqim apa yang dikatakan Kit Siang mengenai ‘Kerajaan Allah’ itu dengan sendiri menjelaskan betapa biadabnya kepemimpinan parti itu terhadap Islam sebagai agama Persekutuan.

Tidak pun terkejut jika tiada pemimpin beragama Islam di dalam parti DAP yang membantah pernyataan ‘bapa’ mereka.

Pun tidak terkejut jika Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang selalu berjubah menampakkan imej dirinya dan parti sentiasa memperjuangkan Islam, tidak pula mengecam tulisan Kit Siang itu.

Zahid lebih banyak membangkitkan sentimen rakyat membenci kerajaan, tetapi tidak pula menegur bakal rakan sekamarnya yang jelas menghina Tuhan yang disembahnya. Adakah Zahid menganggap tidak mengapa jika Allah dihina, dipersenda dan diperlekeh demi survival politik dan dirinya?

Demikian juga rakan karibnya yang ‘ditikam dari belakang’ – bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tidak pula mengecam atau mengutuk kenyataan Kit Siang itu.

Seperti Zahid, Najib juga lebih banyak membangkitkan sentimen rakyat membenci kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Di mana pula kelibat Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki? Individu yang pernah menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Individu yang kelihatan seperti tokoh agama memimpin UMNO, tidak pula bersuara apabila Kit Siang menghina dan memperlekeh kekuasaan Allah?

Yang dilakukannya hari-hari mengutuk dan memperlekeh langkah dibuat kerajaan untuk membantu rakyat. Ini tak betul, itu tak betul. Dia sahaja yang betul. Mungkin dia sudah lupa Allah lah yang tidak memberi kemenangan kepadanya ketika dia bertanding kerusi Parlimen Pasir Puteh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Di mana juga pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? Hanya kerana tidak mendapat jawatan di dunia, maka mulalah berusaha melakukan kerosakan. Hanya kerana tidak dapat menjadi Pengerusi Tabung Haji, mulalah mengutuk kerajaan yang ada sekarang.

Kenapa hanya berdiam diri sedangkan Tuhan yang disembah dihina, dipersenda dan diperlekeh?

Ya! Kita terlupa bahawa individu yang menghina, mempersenda dan memperlekeh Allah itu adalah Lim Kit Siang – pemimpin DAP yang akan mereka peluk cium dalam ‘khemah besar’ nanti.

Memang benar orang kata bila dah jatuh cinta pasangan buat apa pun tak salah. Mata buta, hati pun buta.

Tok Akhi
Pemerhati politik kampung

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.