Iklan judi disengajakan!

Para syaitan dan jin jahat dibelenggu sepanjang Ramadan.

Tetapi tidak untuk pasukan syaitan daripada kalangan manusia.

Mereka diarah oleh ketua yang dibelenggu untuk merosakkan keindahan Ramadan dengan ajakan kepada maksiat dan dosa.

Sunnah perjuangan tidak pernah surut pada bulan Ramadan. Bukankah perang Badar dan banyak lagi berlaku pada bulan Ramadan di sepanjang zaman?

Sebahagian kita menikmati Ramadan manakala sebahagian lagi terseksa dengan himpitan Ramadan ke atas kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan.

Ketahuilah, iklan judi dan maksiat yang sedang diviralkan dalam negara kita kini adalah DISENGAJAKAN dan dirancang rapi demi menghina seruan dan dakwah Ramadan agar umat kembali kepada Islam.

Mereka berusaha merosakkan anak muda muslim dengan kelaghaan dan kelalaian daripada menghayati kefarduan dan kelebihan ibadah Ramadan.

Ia berlaku pada saat suara dakwah semakin kuat dan maju dalam negara. Ia amat menyeksakan mereka.

Jangan terperangkap. Beri kerjasama dan sokongan kepada pihak berkuasa untuk bertindak dan membanteras usaha terancang ini.

Terus istiqamah dengan gerak kerja amar makruf nahi munkar. Ramadan mengenali dan memberkati ahlinya.

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
Ahli Parlimen Bachok