Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari membuat satu ciapan di Twitter lalu Twitter memadamkan ciapannya itu dengan alasan ianya bercanggah dengan polisi mereka. Apa tindakan Nigeria?
“NIGERIA BLOK TWITTER! Hangpa padamkan ciapan Presiden mereka maka mereka balas dengan BLOK Twitter terus. Apa pula tindakan Twitter?”
Twitter pula membuat satu ciapan bahawa mereka berdukacita Nigeria blok Twitter kerana akses kepada internet yang bebas adalah hak asasi manusia dalam masyarakat moden. Ada rakyat Nigeria yang masih boleh mengakses Twitter dengan menggunakan VPN.
Begitulah hipokrasi Big Tech. Mereka ‘play victim’ & menjerit ‘human rights’ apabila akses kepada platform mereka diblok tetapi syarikat yang sama jugalah yang blok serta sekat maklumat tentang kekejaman Z**nis terhadap Palestin. Di mana pula hak asasi manusia rakyat Palestin yang mahu suara mereka didengari dan info tepat disalurkan?
Mereka juga membenarkan penghinaan terhadap Islam dan agama lain atas nama ‘free speech’ tetapi memadamkan serta blok sesiapa yang mengkritik Y***di & Z***nis.

Nigeria menyekat akses kepada Twitter selepas memadam ciapan Presiden negara itu Muhammadu Buhari, tetapi lihat apa yang Twitter katakan pula.
Big Tech ini jugalah yang kononnya memperjuangkan ‘free speech’ tetapi sesiapa yang tidak bersetuju dengan eLGiBiTi akan didiamkan.
Mereka menentukan apa yang betul dan apa yang salah & kuasa yang diberikan kepada mereka terlalu besar sehingga mereka mampu menjatuhkan mana-mana kerajaan berdasarkan algoritma & polisi yang mereka tentukan. Mungkin ada golongan Islamophobic, (yes I’m talking about you), yang secara sinis akan kata, “Kalau nak complain, boikot je la. Jangan guna platform FB, Twitter & IG”
Maaf, agama Islam rasional. Agama Islam tidak mengajar penganutnya mendangkalkan akal menyembah ciptaan Tuhan apatah lagi memboikot teknologi yang masih boleh digunakan agar senjata makan tuan.
Setiap negara berdaulat perlu menggunakan kuasa yang mereka ada untuk mendisiplin Big Tech agar mereka tidak bermaharajalela dengan menjadi pemegang kuasa mutlak yang menentukan siapakah yang patut dinaikkan dan siapa yang patut digulingkan.
Teknologi bermanfaat apabila ‘level playing field’ di mana polisi yang sama digunapakai tetapi teknologi akan menyebabkan kemusnahan apabila hanya dengan satu klik, mereka boleh menyebabkan huru hara di mana-mana negara yang mereka mahukan.
Terus gunakan teknologi ciptaan mereka tetapi gunakan dengan cara yang betul. Biar senjata makan tuan!
Firdaus Wong Wai Hung
Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM)